Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan pencuri ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Rayuan seorang pencuri yang dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan sembilan bulan dengan mengatakan dia positif HIV dan keluarganya akan mengalami kesukaran akibat pemenjaraannya, telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi kerana mendapati alasannya tidak sepatutnya menjejaskan hukuman yang tepat.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, yang mengendalikan permohonan itu pada 10 Mei, berkata walaupun tidak mempunyai bukti perubatan, kesakitan bukanlah faktor pengurangan kecuali dalam kes paling luar biasa apabila belas ihsan kehakiman boleh dilaksanakan.

    Hasrin bin Kalong mengaku bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan satu kesalahan mempamerkan plat pendaftaran palsu pada sebuah kereta, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan.

    Ketua Hakim Negara seterusnya menekankan bahawa walaupun mahkamah bersimpati dengan keluarga Hasrin, mengalami kesukaran tanpa sokongannya, ia tidak boleh menjadi salah satu faktor yang boleh menjejaskan hukuman yang sepatutnya. Pendakwa Aeny Zullizam mewakili pendakwa raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda