Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Rayuan penipu bersiri ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Rayuan seorang lelaki tempatan terhadap hukuman kerana menipu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 3 September lalu dan bersetuju dengan responden bahawa perayu merupakan penipu bersiri.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong juga melihat bahawa hukuman Mahkamah Majistret yang dijatuhkan terhadap Mohamad Sambari bin Haji Abu Bakar sebagai tidak boleh dicabar.

    Mohamad Sambari dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada akhir Jun 2021 berikutan pengakuan bersalahnya terhadap tiga pertuduhan penyelewengan dan penipuan.

    Mohamad Sambari dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada akhir Jun 2021 berikutan pengakuan bersalahnya terhadap tiga pertuduhan penyelewengan dan penipuan.

    Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Sambari menjalani pengawasan polis selepas tamat tempoh hukuman.

    Mengulas rayuan itu, Timbalan Pendakwa Raya Afyian Abdul Rahman menarik perhatian mahkamah kepada keputusan Mahkamah Majistret dalam mencerminkan hukuman itu dengan mengambil kira rekod jenayah Mohamad Sambari.

    Ketua hakim negara, semasa memutuskan rayuan itu, memetik 25 sabitan sebelum ini terhadap Mohamad Sambari kerana menipu.

    “Jenayahnya bermula pada 2004…Sabitan terbaharu adalah pada 2017…Perayu juga mempunyai kesalahan pengambilan dadah pada 2015,” ujar beliau lagi.

    Beliau mengulangi bahawa sabitan terdahulu perayu menunjukkan kecenderungannya untuk menipu, yang merupakan faktor memburukkan, dan tidak ada cara lain untuk mencapai hukuman yang setimpal daripada apa yang telah dijatuhkan kepadanya.

    Mahkamah Tinggi juga bersetuju dengan perintah Mahkamah Majistret ke atas Mohamad Sambari bagi mencerminkan kecenderungannya mengulangi melakukan kesalahan dan keperluan untuk melindungi orang ramai daripada pesalah berisiko tinggi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...