Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan penyeludup minuman keras lanjut tempoh bayar denda ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Seorang penyeludup minuman keras telah memohon rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini, baru-baru ini, untuk memberikannya lanjutan masa bagi melunaskan denda yang dikenakan ke atasnya.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menolak permohonan Mohammad Shahrizan bin Abdul Latif, kerana mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepadanya sebanyak $16,680 untuk dilunaskannya dalam tempoh setahun setelah dia mengaku bersalah menyeludup 42 botol minuman keras dan 27 karton bir.

    Mohammad Shahrizan perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Dia ditangkap membawa minuman keras itu dalam sebuah kereta yang dipandunya di Kampung Bebuloh pada petang 25 April 2020.

    Timbalan Pendakwa Raya Aminuddin Zaki Dato Haji Abdul Rahman mewakili pendakwa raya dalam menjawab rayuan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda