Oleh Ak Zaki Kasharan – BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Mahkamah Tinggi baru-baru ini menolak rayuan yang dibuat oleh seorang warganegara Malaysia yang didapati bersalah selepas perbicaraan atas pertuduhan menipu, seterusnya berusaha mencabar keputusan mahkamah serta memohon hukuman dikurangkan. Chieu Vun Thian, diwakili Peguam Balendran Balasingam dari Tetuan Fathan and Co sepanjang perbicaraan dan