Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rayuan pesalah pecah rumah, langgar sekatan COVID ditolak

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Mahkamah Rayuan baru-baru ini menolak rayuan ‘hukuman berlebihan’ seorang pesalah yang telah melakukan pecah rumah, menceroboh dan melanggar sekatan COVID.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Peter Burrell memutuskan alasan rayuan Haji Yusfadillah bin Haji Mohd Yussof bahawa pemenjaraannya akan menyusahkan keluarganya tidak boleh menjadi salah satu faktor yang boleh menjejaskan hukuman yang sewajarnya.

    Pendakwa raya, Shamshuddin Haji Kamaluddin dan Nurul Husna Aqilah Haji Abidin membantu Mahkamah Rayuan, mendedahkan Haji Yusfadillah telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun empat bulan dengan dua sebatan.

    Dia mengaku bersalah menceroboh sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Salambigar pada November 2021, melarikan barang kemas, sejumlah wang dan barangan peribadi lain.

    Dia disabit bersalah selepas perbicaraan atas dua pertuduhan, memecah masuk sebuah rumah di Kampung Anggerek Desa pada 19 November 2021 dengan melarikan satu unit silinder gas, peti sejuk kecil dan dua beg berisi wang tunai $300 berserta beberapa pakaian dan melanggar arahan sekatan COVID untuk tidak keluar dari rumah antara jam 8 malam hingga 4 pagi, apabila dia didapati berkeliaran di beberapa tempat awam pada lewat malam pada 3 Oktober 2021.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...