Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Rayuan seorang pesalah berulang dalam kes ceroboh pada waktu malam dan curi kenderaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan setelah mendapati bahawa keputusan mahkamah adalah tepat.
Hasmyzan Hamzi bin Haji Hashimi yang mempunyai sabitan terdahulu seawal 2010, dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dengan empat sebatan oleh Mahkamah Perantaraan pada 30 Mei 2020 setelah mengaku bersalah atas empat dakwaan ceroboh pada waktu malam dan curi kenderaan.
Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn, yang bersidang di Mahkamah Rayuan dengan oleh Presiden, Hakim Michael Peter Burrell mendapati bahawa Mahkamah Perantaraan telah membuat keputusan betul selepas mempertimbangkan dua jenis kesalahan berkenaan dan keseluruhannya apabila memerintahkan hukuman separa berturutan.
Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mewakili pendakwa raya sebagai responden.