Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rayuan tertuduh ditolak

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Rayuan tertuduh atas kesalahan pecah rumah ditolak oleh Mahkamah Rayuan kerana hukuman yang dijatuhkan adalah ringan dan tidak bersifat melampau.

    Mahkamah Perantaraan menjatuhi hukuman penjara satu setengah tahun dan satu sebatan ke atas Mohammed Eddy Faisal bin Abdul Razak pada 2 Oktober 2019 selepas disabit bersalah atas dakwaan memecah masuk rumah pada waktu malam untuk mencuri.

    Mohammed Eddy Faisal mencabar keputusan Mahkamah Perantaraan memetik terdapat penangguhan enam tahun untuk menutup kes itu dari tarikh bermulanya kesalahan pada 22 Mei 2013.

    DPP Atiyyah Abas yang mewakili pendakwa raya sebagai responden dalam rayuan tersebut, berusaha mendapatkan hukuman lebih berat, bagaimanapun mahkamah mendapati tidak adanya penjelasan yang memadai untuk penangguhan.

    Meskipun ‘penangguhan luar biasa’, Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan Hakim Michael Peter Burrell yang mengadakan perbicaraan bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn, mendapati hakim yang menjatuhi hukuman telah mengambil kira penangguhan dan memutuskan permulaan tempoh hukuman yang lebih rendah di antara satu setengah tahun hingga dua tahun.

    “Beliau (hakim Mahkamah Perantaraan) boleh menetapkan permulaan hukuman penjara atas kesalahan itu di antara tiga hingga empat tahun bersama dengan sebatan,” kata Mahkamah Rayuan apabila menolak permohonan Mohammed Eddy Faisal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda