Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Razali Mahmud harumkan nama negara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Lapan orang atlet bina badan Negara Brunei Darussalam yang menyertai Battle of Titans 4.0 Malaysia Championship yang berlangsung di MegaStar Arena di Sungei Wang, Kuala Lumpur, pada 3 Disember 2023 telah mengharumkan nama negara dalam sukan berkenaan.

    Razali Mahmud berjaya menduduki tempat pertama dalam Kategori Body Building Master 50 tahun ke atas. Manakala bagi juara keseluruhan, beliau memenangi tempat ketiga.

    Para atlet telah menyertai lima kategori yang dipertandingkan iaitu Body Building Master 50 Tahun ke atas, Body Building 75kg ke atas, Bermuda Senior 40 Tahun ke atas, Mens Sport Model, dan Bermuda 175cm ke bawah.

    Mereka yang menyertai ialah Muhammad Al-Akif Elias, Hadiman Yahman, Haji Hamizan Haji Ibrahim, Haji Mohd Aidil Karim Haji Abdul Wahid, Azlen Affendy Haji Mohd Jamil, Azlen Affendy Haji Mohd Jamil, Mohammad Arif Haji Emran dan Abdul Wafi Haji Waliuddin.

    Razali (kiri), berjaya menjuarai kategori Body Building Master 50 tahun ke atas. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...