Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Razer lancar telefon pintar

    PENGELUAR perkakasan komputer khas untuk gamer, Razer telah memasuki pasaran telefon pintar dengan peranti pertamanya dinamakan Razer Phone yang selaras dengan motonya, menyasarkan gamer.

    Razor Phone didatangkan dengan paparan yang menyokong kadar refresh sehingga 120Hz yang bermakna sifar sela atau tersekat-sekat ketika bermain. Syarikat itu juga mengetengahkan mengenai paparan ‘UltraMotion’ baru pada Razer Phone.

    Razer Phone juga yang pertama dalam segmennya didatangkan dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 4+ serba baru.

    Telefon pintar ini akan dilancarkan dengan Android 7.1.1 Nougat tetapi akan menerima kemas kini kepada Android Oreo dalam suku pertama 2018 menurut Android Police.

    Spesifikasi lainnya, Razer Phone dikuasakan Qualcomm Snapdragon 835 yang dipadankan dengan RAM 8GB. Ia mempunyai storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 2TB).

    Tarikan terbesar peranti ini adalah paparan IGZO LCD UltraMotion 5.72 inci dengan resolusi skrin QHD (1440×2560 piksel), gamut warna lebar (WCG) dan seperti yang telah disebutkan kadar refresh 120Hz. Ia juga dilindungi Corning Gorilla Glass 3.

    Untuk mengambil gambar, Razer Phone di-datangkan dengan dua kamera 12MP di belakang, satu daripadanya menonjolkan apertur f/1.75 dan satu lagi apertur f/2.6. Di belakang juga terdapat modul denyaran LED dua tona. Manakala itu di depan pula mempunyai kamera fokus tetap 8MP dengan apertur f/2.0.

    Pilihan sambungannya pula termasuk Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.2, NFC, 4G dan 3G. Peranti berukuran 158.5×77.7x8mm dan berat 197g ini disokong bateri 4000mAh yang tidak boleh ditanggalkan dan menyokong Quick Charge 4+.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda