Sunday, April 13, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB adakan majlis sambutan Hari Raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan matlamat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dalam Majlis Sambutan Hari Raya yang berlangsung di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan hari ini.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid juga selaku Pengerusi RB dan Menteri Perhubungan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Para tetamu yang menghadiri majlis berkenaan telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid bersama pasukan pengurusan kanan dan kakitangan RB yang lain.

    Majlis turut menyaksikan kehadiran pegawai kanan kerajaan, perwakilan-perwakilan asing ke negara ini, ejen pelancongan, rakan-rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

    Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dan Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Suasana semasa majlis berkenaan.
    Sesi bergambar ramai antara yang hadir di majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda