Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB, Keisei umum kerjasama khas

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Syarikat Kereta Api Elektrik Keisei mengumumkan kerjasama khas untuk menawarkan kadar diskaun bagi tiket ekspres sehala Keisei Skyliner kepada penumpang RB yang tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun dari 16 Mac hingga 30 April.

    Kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini menyatakan, Keisei Skyliner merupakan kereta api ekspres lapangan terbang yang beroperasi antara Stesen Keisei Ueno dan Stesen Lapangan Terbang Narita.

    Dengan kelajuan sehingga 160kmsj, ia merupakan yang terpantas pada laluan konvensional, Laluan Akses Narita Sky bersambung ke Stesen Nippori Tokyo dalam masa 36 minit sahaja.

    Kerjasama berkenaan datang tepat pada masanya untuk cuti musim bunga, dan di bawah kerjasama itu, penumpang RB boleh membeli tiket sehala pada kadar diskaun dari Lapangan Terbang Narita ke Aoto, Nippori atau Keisei Ueno.

    Tiket-tiket boleh dibeli di Pusat Maklumat Skyliner dan Keisei di Lapangan Terbang Narita dan untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang RB.

    RB dan Syarikat Kereta Api Elektrik Keisei menawarkan kadar diskaun bagi tiket ekspres sehala Keisei Skyliner kepada penumpang RB yang tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun dari 16 Mac hingga 30 April. – GAMBAR SERAHAN RB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda