Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB lancar operasi bersama

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah melancarkan operasi bersama hariannya ke Mumbai, India bersama rakan kongsi terkini Air India Limited (AI) bermula hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laluan Bandar Seri Begawan – Singapura – Bandar Seri Begawan akan dikendalikan oleh RB manakala AI pula akan mengendalikan laluan Singapura – Mumbai – Singapura.

    “Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AI untuk menyediakan pelanggan kami lebih banyak pilihan destinasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand.

    Menurut Karam Chand lagi, operasi harian RB dan AI menawarkan sambungan penerbangan terbaik ke Mumbai dan sebaliknya yang bakal meningkatkan hubungan pelancongan dan perniagaan antara kedua-dua negara.

    Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Urusan AI, Pradeep Singh Kharola menyatakan bahawa perkongsian laluan berkenaan akan memperluaskan rangkaian penerbangan AI dan menawarkan sambungan perjalanan yang lebih luas kepada para penumpang.

    “Kerjasama ini akan melancarkan perkhidmatan pertama AI ke Bandar Seri Begawan, sekali gus menawarkan menyediakan sambungan penerbangan kepada para penumpang AI dari India dan Brunei,” jelas Pradeep Singh Kharola.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda