RB Leipzig buru tempat Liga Juara-Juara

BERLIN, 2 JUN – RB Leipzig kembali merampas kedudukan tempat ketiga di Bundesliga setelah kemenangan 4-2 menentang Cologne semalam.

Jhon Cordoba meraih kelebihan awal untuk pasukan tuan rumah tetapi Leipzig kembali bangkit dengan jaringan empat gol dalam masa 37 minit, termasuk jaringan daripada Timo Werner yang berjaya menjaringkan gol ke-31 dalam semua perlawanan, kembali mengatasi Borussia Moenchendgladbach dan Bayer Leverkusen dalam memburu tempat Liga Juara-Juara musim depan.

Jurulatih Cologne, Markus Gisdol membuat empat perubahan dari kekalahannya pada perlawanan Rabu lalu di Hoffenheim dengan menurunkan Rafael Czichos dengan menggantikan Sebastian Bournaauw yang digantung akibat dilayangkan kad merah dalam kekalahan perlawanan lalu.

Pengurus Leipzig, Julian Nagelsmann, membuat dua perubahan setelah perlawanan dengan keputusan seri pada Rabu lepas ke atas Hertha Berlin iaitu Angelino, pemain pinjaman dari Manchester City dengan pemain muda antarabangsa Perancis, Nordi Mukiele.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan ketika Cordoba menjaringkan gol ke-10 di liga sejurus selepas percubaan pemain tengah, Elvis Rexhbecaj tersasar jauh.

Aksi pemain tengah Leipzig, Christopher Nkunku ketika merebut bola dengan pemain pertahanan Cologne, Ismail Jakobs semasa perlawanan antara FC Cologne dan RB Leipzig, di Cologne semalam. – AFP

Kedudukan berubah 13 minit kemudian ketika Schick menanduk masuk hantaran umpan daripada Angelino.

Keadaan menjadi bertambah buruk buat pasukan Gisdol ketika Cordoba terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan dan digantikan oleh Anthony Modeste.

Leipzig mendahului perlawanan lapan minit sebelum tamat separuh masa pertama ketika Christopher Nkunku meraih jaringan pertamanya sejak Januari lalu.

Leipzig melangkah lebih jauh untuk kekal berada di depan pada tiga minit babak kedua perlawanan ketika Werner, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahannya dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool berjaya menjaringkan gol.

Cologne kembali merapatkan jurang kedudukan empat minit kemudian ketika Leipzig gagal mencari peluang baik dengan Modeste merembat masuk dengan tendangan kencangnya.

Dua lagi jaringan Leipzig daripada pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo menjaringkan gol pertamanya sejak beliau menyertai Leipzig Januari lalu dengan rembatan di luar kotak penalti. – AFP