BERLIN, 22 MEI – RB Leipzig menjulang Piala Jerman pada percubaan ketiga kelmarin dengan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti selepas bangkit mencatat keputusan seri 1-1 menentang Freiburg selepas masa tambahan.
Maximilian Eggestein memberikan Freiburg pendahuluan awal di Stadium Olimpik Berlin sebelum Christopher Nkunku menyamakan kedudukan pada minit ke-76 selepas pemain pertahanan Leipzig, Marcel Halstenberg, dibuang padang.
Kejayaan Leipzig dicapai selepas tewas penampilan terakhir Piala Jerman sebelum ini kepada Bayern Munich pada 2019, kemudian Dortmund musim lalu.
Majlis penyerahan piala tersebut turut ditangguhkan selepas seorang individu, dipercayai peminat, menerima rawatan kecemasan di tepi padang.
Ia adalah gelaran utama pertama yang dimenangi oleh RB Leipzig yang disokong oleh minuman tenaga Red Bull.
Jurulatih Leipzig, Domenico Tedesco turut menamatkan musim pertamanya dengan trofi setelah menggantikan Jesse Marsch Disember lalu. – AFP
