Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN- Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah dianugerahkan Muslim Friendly Airline of The Year untuk anugerah Halal in Travel dalam majlis yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini. Anugerah tersebut telah diterima oleh Naib Presiden Kanan Penjagaan Tetamu RB, Dayang Nur Rita Syakriah Abdullah Kaur bagi mewakili RB.

