Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    RB pilih PROS RME+

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – PROS (NYSE: PRO), pembekal terkemuka bagi penyelesaian SaaS yang mengoptimumkan pengalaman membeli-belah dan jualan, telah mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah memilih PROS Revenue Management Essentials+ (RME+) sebagai komponen asas pengurusan hasil, transformasi digital dan strategi pertumbuhannya.

    PROS RME+ telah membuktikan, keupayaan pengurusan hasil O&D dikuasakan AI untuk membantu RB meramalkan permintaan dengan tepat dan yang direka untuk mengoptimumkan hasil merentasi kedua-dua trafik serantau dan jarak jauh, kerana syarikat penerbangan itu secara proaktif mengejar peluang pasaran yang berkembang dan menggantikan pesaing-pesaing dalam pasaran terasnya.

    Menurut yang dikeluarkan, RB adalah syarikat penerbangan rangkaian perkhidmatan penuh yang menghubungkan Negara Brunei Darussalam ke dunia dari habnya di Bandar Seri Begawan. 

    Dengan salah satu armada termuda di dunia dan beroperasi di rantau yang sangat kompetitif, RB sedang membangunkan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi hab penghubung untuk perjalanan antarabangsa antara Asia, Eropah, Timur Tengah, Australia atau New Zealand dan destinasi serantau.

    Ketua Pegawai Komersial RB, Martin Aeberli dipetik berkata, “RB beralih kepada PROS, peneraju pasaran dalam pengurusan hasil, untuk mempercepatkan pengurusan hasil kami dan usaha transformasi digital.”

    Menurut beliau, keupayaan PROS akan membolehkan RB menjangka perubahan permintaan lebih baik, kekal berdaya saing tinggi dan mencapai rancangan pertumbuhan jangka panjangnya di mana PROS akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi komersial RB dengan jayanya.

    Presiden PROS, Travel Benson Yuen pula berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan RB bagi meningkatkan lagi tahap seterusnya terhadap pengurusan hasil dan transformasi digital mereka, sambil memastikan penyelesaian lanjutan kami memenuhi objektif komersial dan strategi perniagaan RB.”

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...