Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Lebih 900 orang tetamu telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang diadakan di Peak Performance Sdn Bhd, Berakas, hari ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Juga hadir ialah kalangan pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil kedutaan dan rakan-rakan kongsi. Majlis bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama para jemputan.
Pada majlis tersebut, para tetamu telah disajikan pelbagai juadah di samping dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu raya oleh artis-artis tempatan.

