Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    RB serikan Aidilfitri

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan matlamat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan dengan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang berlangsung di Hotel J, Kiulap, hari ini.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan dan Pengerusi RB, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Para tetamu yang menghadiri majlis berkenaan telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid bersama pengurusan kanan dan kakitangan RB yang lain.

    Majlis menyaksikan kehadiran pegawai kanan kerajaan, perwakilan-perwakilan asing ke negara ini, ejen pelancongan, rakan-rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dan Kapten Sabirin bergambar ramai dengan para jemputan khas yang menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN RB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...