BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah menerima Anugerah Syarikat Penerbangan Utama Empat Bintang APEX 2026 dan Anugerah Keselesaan Tempat Duduk APEX Terbaik 2026 untuk Asia Timur, satu pengiktirafan yang berdasarkan maklum balas penumpang yang disahkan secara bebas, memastikan proses penilaian yang neutral dan telus.
APEX memanfaatkan kerjasama-nya dengan TripIt daripada Concur®, aplikasi penganjur perjalanan yang paling banyak digunakan di dunia, untuk mengumpulkan maklum balas penumpang tanpa nama berdasarkan pandangan pihak ketiga yang neutral untuk penghormatan tersebut.
Bagi anugerah 2026, lebih satu juta penerbangan telah dinilai oleh penumpang merentasi lebih 600 syarikat penerbangan dari seluruh dunia menggunakan skala lima bintang.
Pada skrin yang sama, penum-pang diberi peluang untuk memberikan penilaian tanpa nama dalam lima subkategori dalam penerbangan: keselesaan tempat duduk, perkhidmatan kabin, makanan dan minuman, hiburan dan Wi-Fi. Penarafan skrin tunggal membolehkan penumpang syarikat penerbangan menilai penerbangan mereka dalam masa kurang dari 15 saat.
Pencapaian RB menekankan komitmennya untuk menawarkan perjalanan yang luar biasa dan selesa untuk setiap pelanggan, mencerminkan pelaburan berterusan dalam reka bentuk kabin, penambahbaikan produk dan konsistensi perkhidmatan di seluruh rangkaiannya.
Anugerah itu berfungsi sebagai bukti dedikasi kru kabin RB, pasukan kejuruteraan dan pakar pemba-ngunan produk yang bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Interim RB, Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini berkata, “Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini, yang mencerminkan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pelanggan kami kepada RB.
“Keselesaan tempat duduk merupakan bahagian yang menentukan pengalaman perjalanan, dan anugerah ini berdiri sebagai bukti penjagaan, ketepatan dan profesionalisme pasukan kami di seluruh syarikat penerbangan. Daripada reka bentuk kabin hinggalah penyampaian perkhidmatan, setiap perincian dibentuk oleh komitmen kami untuk menyediakan keselesaan, kualiti dan rasa layanan mesra Brunei yang boleh dibanggakan oleh para pelanggan. Kami akan terus mendengar, menambah baik dan berkhidmat dengan ikhlas untuk memberikan pengalaman yang setimpal dengan kesetiaan para pelanggan kami,” tambah beliau.


