Friday, October 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB tewaskan SLSS dalam sesi latihan di Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 OKT – Pasukan Sri Lanka State Services (SLSS) menerima sambutan hangat ketika meneruskan sesi latihan bola jaring bersama Pasukan Royal Bees (RB) di Kompleks Sukan Mumong, di Daerah Belait, baru-baru ini.

    Sesi latihan tersebut adalah sebahagian daripada siri latihan dan perlawanan ujian yang diadakan sempena lawatan SLSS ke negara ini.

    Pasukan tersebut turut dijadualkan menyertai siri ujian tujuh perlawanan serta dua perlawanan persahabatan menentang RB.

    Dalam perlawanan yang disaksikan oleh pelajar-pelajar dan belia tempatan, RB berjaya meraih kemenangan tipis 51-48 ke atas pasukan pelawat.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Belait, Awang Gaung Jamit, yang turut diiringi wakil Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA) serta pegawai JBS Cawangan Daerah Belait.

    Kedua-dua pasukan SLSS dan RB bergambar ramai pada sesi latihan tersebut di Kompleks Sukan Mumong, Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Bekas pemain Piala Dunia, Trixie Jayantha Nanayakkara dan mantan presiden Persatuan Bola Jaring Sri Lanka yang mengetuai SLSS dalam lawatan tersebut, meluahkan rasa puas hati terhadap sesi latihan yang dijalankan.

    Menurutnya, sesi latihan itu sangat bermanfaat kerana memberi peluang kepada kedua-dua pasukan untuk mengasah kemahiran mereka.

    Beliau turut menambah bahawa bakat bola jaring di Brunei telah menunjukkan peningkatan sejak kali terakhir beliau melawat negara ini pada tahun 2016.

    “Apa yang dapat saya lihat adalah perkembangan positif dalam pasukan Brunei.Sesi latihan di Daerah Belait ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada kedua-dua pasukan,” katanya.

    Selepas sesi latihan di Belait, kedua-dua pasukan dijadualkan bertanding dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, esok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda