Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB umum tarikh penerbangan ke Sabah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah mengumumkan tarikh permulaan bagi tambahan perkhidmatan RB Link ke Sandakan dan Tawau, Sabah, masing-masing pada Oktober dan November depan.

    Jualan tiket bermula segera dengan tambang promosi yang telah ditetapkan, menurut RB dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Kenyataan menyatakan, RB telah mula mengendalikan perkhidmatan RB Link meng-hubungkan Brunei dan bandar-bandar di pulau Borneo pada akhir Julai lalu dan minggu lalu, RB mengumumkan tambahan perkhidmatannya ke Sarawak dengan penerbangan ke Bintulu dan Sibu.

    Pengumuman tambahan destinasi-destinasi RB Link itu telah dibuat oleh Ketua Pegawai Komersil RB, Martin Aeberli pada satu sidang media dan taklimat bagi ejen-ejen yang diadakan di Kota Kinabalu, hari ini.

    “Kota Kinabalu adalah destinasi pertama RB ke Malaysia pada hari pertama operasi pada 1975. Sehingga kini, Sabah kekal menjadi salah satu destinasi kami yang paling popular dengan penumpang dari seluruh rangkaian kami.

    “Oleh itu, kami sangat teruja untuk mengembangkan perkhidmatan kami ke Sabah dengan dua lagi destinasi; Sandakan dan Tawau di bawah Perkhidmatan RB Link,” ujar Aeberli.

    Turut hadir pada acara itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah, William Baya dan Pemangku Konsulat Am di Konsulat Brunei, Awang Mohd Asulhamhaidi bin Haji Mohd Ashrane.

    Martin Aeberli ketika mengumumkan tarikh permulaan bagi tambahan perkhidmatan RB Link ke Sandakan dan Tawau, Sabah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda