Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC), hari ini, telah mengadakan Rumah Terbuka RBC yang berlangsung di Restoran Horizons Seafood.
Rumah Terbuka RBC itu dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan isteri, ahli-ahli Lembaga Pengarah RBC, pegawai-pegawai kerajaan dan sektor swasta serta para jemputan khas.
Majlis sambutan yang membawa tema ‘Raya In The 60s – Authentic Hari Raya Cuisine’ itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara jemputan khas dan klien-klien RBC bersama kakitangan RBC.
Para jemputan telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan.

