Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RBC agih bubur lambuk untuk petugas perubatan

    Oleh Rokiah Mahmud 

    Royal Brunei Culinary (RBC), pembekal makanan rasmi bagi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Daerah Tutong, baru-baru ini, telah

    mengagihkan lebih 100 kontena bubur lambuk ayam kepada petugas barisan hadapan di hospital-hospital berkenaan.

    Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat RBC dalam menunjukkan penghargaannya kepada petugas perubatan yang telah menjadi tulang belakang dalam menjaga keselamatan negara semasa pandemik. – Gambar serahan RBC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda