Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Bersempena dengan bulan suci Ramadan, Royal Brunei Catering (RBC) telah mengadakan pengagihan bubur Lambuk kepada orang ramai, pada hari ini di Ibu Pejabat RBC, Bangunan Gadong Properties, di Gadong.
Hadir bagi turut sama mengagihkan bubur Lambuk kepada orang ramai ialah Pemangku Pengurus Besar RBC, Haji Jeff Hadiman bin Dato Paduka Haji Danial.
Pengagihan bubur Lambuk tersebut diadakan dua kali pada bulan Ramadan tahun ini iaitu pada hari ini dan pada 1 Jun nanti bermula jam 10 pagi. Sehubungan dengan itu, orang ramai dialu-alukan datang mendapatkannya kelak.
Terdapat khemah di luar kawasan tempat letak kereta di mana orang ramai boleh beratur untuk mendapatkan bungkusan bubur Lambuk. Sebanyak 200 pek akan diedarkan oleh pihak pengurusan dan juga kakitangan RBC kepada orang ramai pada setiap tarikh yang dinyatakan. Buat tahun ketiga berturut-turut, RBC telah mengadakan pengagihan Bubur Lambuk yang mana ia merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.
