Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    RBC anjur demonstrasi memasak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Sebagai sebahagian daripada Festival Makanan Singapura 2021, Royal Brunei Culinary (RBC) menganjurkan demonstrasi memasak untuk para jemputan khas di RBC Central Kitchen di Taman Perindustrian Lambak Kanan Barat.

    Demonstrasi memasak disampaikan oleh cef The Black Hole Group yang diterbangkan khas dari Singapura, Cef Mohd Zulfadli bin Normedi dan Cef Muhd Helmi bin Mohd Khairi.

    Semasa sesi demonstrasi itu, Cef Zul dan Cef Helmi menunjukkan hidangan istimewa yang disediakan untuk Festival Makanan Singapura tahun ini yang merangkumi Tuna Tataki dengan Green Apple Ponzu, Seabass with Sauce Vierge dan Smoked Banana Coffee Tart.

    Di samping itu, kelas memasak turut diadakan yang menunjukkan tatacara memasak yang menarik dan informatif dengan rakan kulinari tempatan.

    Resipi telah disediakan untuk semua tetamu dan mereka dapat merasa makanan yang dihasilkan oleh para cef jemputan berkenaan.

    Festival Makanan Singapura 2021 akan bermula esok hingga 11 April 2021 di Restoran Anjung Saujana yang menawarkan bufet dan a la carte bagi makan tengah hari dan makan malam.

    Gambar ramai semasa sesi demonstrasi berkenaan. – Gambar serahan RBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda