Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seramai 41 orang kanak-kanak istimewa daripada Pusat Bahagia telah diraikan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Royal Brunei Catering (RBC) yang berlangsung di Restoran Seasons, baru-baru ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Besar RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan bersama Pengetua Pusat Bahagia, Awang Mohd Nasrullah El-Hakiem bin Haji Mohammed.
Majlis turut menyaksikan Awang Ahmad Husaini menyampaikan sampul hijau kepada kanak-kanak istimewa
berkenaan.
Majlis berkenaan merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial korporat RBC yang bertujuan untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
