TUTONG, 28 APRIL – Royal Brunei Culinary (RBC) sekali lagi meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengagihkan 200 mangkuk bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) di Daerah Tutong, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang diterima, penyerahan bubur lambuk sempena bulan Ramadan yang berkat itu telah disaksikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PMMPMHAMB, Awang Abdul Mu’iz bin Haji Ibrahim.
RBC berharap inisiatif itu akan memudahkan barisan hadapan berbuka puasa dan untuk mempamerkan penghargaan pihak RBC kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras semasa waktu sukar ini.
