Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    RBTS sumbang jaket keselamatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, Royal Brunei Technical Services (RBTS) telah menghulurkan sumbangan jaket keselamatan untuk Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD).

    Sumbangan sebanyak 50 jaket keselamatan berkenaan telah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat RBTS, Kompleks Setia Kenangan, Kampung Kiulap, hari ini.

    Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif RBTS, Kolonel (B) Muzri bin Haji Mokhsin menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pemangku Ketua Eksekutif MPABD, Awang Bujang bin Haji Tinkong.

    Sumbangan itu adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan penumpang-penumpang maritim Brunei. Inisiatif itu juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan MPABD yang bergiat aktif menguatkuasakan penggunaan jaket keselamatan bagi keselamatan pelaut-pelaut di seluruh negara.

    Kolonel (B) Muzri (kanan) menyampaikan sumbangan jaket keselamatan kepada Awang Bujang (kiri) di Ibu Pejabat RBTS, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda