Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    RCB anjur walkaton sempena Hari Polio Sedunia

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 20 OKT – Kelab Rotary Belait (RCB) menganjurkan acara walkaton End Polio Now tahunan hari ini di Taman Kuala Belait, Jalan Sungai, Kuala Belait, sempena memperingati Hari Polio Sedunia.

    Hari Polio Sedunia yang disambut pada 24 Oktober setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai usaha menghapuskan penyakit poliomyelitis (polio) di seluruh dunia, di samping menekankan kepentingan vaksinasi polio untuk melindungi setiap kanak-kanak daripada penyakit yang merosakkan itu. Ia juga sebagai penghargaan kepada ibu bapa, profesional dan sukarelawan yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan usaha membasmi polio.

    Presiden RCB, Patricia Bong, mengetuai acara tersebut di mana beliau bersama para peserta termasuk ahli-ahli RCB dan orang awam turut serta dalam acara tersebut.

    Aktiviti lain yang turut diadakan termasuk sesi zumba yang dikendalikan oleh Nem Fitness serta pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Rayyan Baharin, yang diketuai oleh Dr Haji Muhammad Shukri bin Haji Said bersama dua orang kakitangan klinik.

    Patricia Bong dan Naib Presiden, Helen Tang mengetuai acara walkaton berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Para peserta membuat pemeriksaan kesihatan semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda