Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    RCB bantu ibu tunggal di Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 MAC – Bagi menyemarakkan lagi bulan mulia dan membantu dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, ahli Kelab Rotary Belait (RCB) telah menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tinggal di Daerah Belait hari ini.

    Rombongan yang diketuai presiden kelab, Patricia Bong itu melawat Dayang Salina dan anak-anaknya di kediaman mereka untuk menyerahkan sumbangan tersebut dalam bentuk keperluan makanan asasi.

    RCB berharap kunjungan dan sumbangan mereka dapat menyuntik kegembiraan dan keceriaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Rombongan RCB mengunjungi kediaman ibu tunggal tersebut untuk menyerahkan sumbangan. – GAMBAR SERAHAN RCB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda