Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 20 SEPT – Kelab Rotary Belait (RCB) telah membuat kunjungan kepada ahli kehormat kelab dan Pengarah Urusan Aewon Brunei, Lau Chai Seng yang telah menyokong kempen derma darah mereka baru-baru ini, sebagai penaja utama.
Menyertai kunjungan itu ialah mantan presiden, Henrietta Hiew bersama ahli-ahli jawatankuasa, Connie Chee dan Selency Hwong.
Dalam lawatan mereka, Henrietta Hiew turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Lau Chai Seng sebagai tanda terima kasih kerana menaja dan menyokong kempen derma darah anjuran RCB pada Mac lalu.
Lau Chai Seng turut menganjurkan majlis makan malam di Restoran Hochak bagi memeriahkan lagi kunjungan mereka.
