Oleh Daniel Lim
BELAIT, 16 MEI – Para ibu dan ahli-ahli Kelab Rotary Belait (RCB) telah meraikan Sambutan Hari Ibu pada malam 10 Mei lalu.
Berucap pada sambutan itu, Presiden RCB, Henrietta Hiew menekankan peranan penting yang dimainkan oleh ibu dalam keluarga sebagai “tidak meminta ganjaran, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak menyesal memberikan semua kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka.”
Beliau menyatakan bahawa dalam meraikan rasa cinta yang merentasi sempadan dan usia itu, sambutan diadakan sebagai dedikasi kepada ibu-ibu dan berharap semua yang terlibat akan menikmati majlis itu.
Dalam memeriahkan majlis itu, Henrietta menyerahkan bunga kepada ibu-ibu yang hadir serta menikmati majlis makan malam bersama ahli keluarga masing-masing.
