Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RCB sambut Hari Polio Sedunia

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 OKT – Bersempena Hari Polio Sedunia yang disambut setiap tahun pada 24 Oktober, lebih daripada 60 ahli Kelab Rotary Belait (RCB) serta penduduk telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan di Taman Rekreasi Anduki, kelmarin.

    Hadir pada acara ialah Penolong Gabenor Daerah 3310, Jimmy Chung. Kedatangan beliau disambut oleh presiden RCB, Henrietta Hiew.

    Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi penganjur juga pentadbir kelab merangkap Sergeant-at-arms RCB, Helen Tang menjelaskan bahawa kempen pembasmian polio telah dilaksanakan oleh ahli Kelab Rotary di seluruh dunia selama lebih 30 tahun.

    “Usaha membasmi polio bermula bukan sahaja dengan kempen memupuk kesedaran tetapi juga membantu menyokong inisiatif lain yang boleh membawa kepada pencegahan dan rawatan penyakit lain,” tambah beliau.

    Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk sesi Zumba yang dipimpin oleh ahli Rotary Joseph, yang disusuli oleh pelancaran acara walkaton di sepanjang taman oleh
    Penolong Gabenor, Jimmy Chung.

    Sebagai tanda penghargaan, presiden RCB telah menyampaikan cenderahati kepada Jimmy Chung atas sokongannya terhadap kempen itu. Acara berakhir dengan permainan dan jamuan ringan.

    Ahli-ahli Kelab Rotary mengambil bahagian dalam sesi Zumba di Taman Rekreasi Anduki baru-baru ini.
    Jimmy Chung semasa melancarkan acara walkaton di Taman Rekreasi Anduki.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda