RCEP mampu pacu pertumbuhan jika peserta tunai tanggungjawab

BEIJING, 24 DIS – Negara penandatangan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kini menanti-nantikan peluang yang bakal disajikan apabila perjanjian itu dikuatkuasakan pada 1 Januari.

Pelaksanaan RCEP akan mencetuskan peluang baharu dalam pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia.Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata China sudah bersedia untuk penguatkuasaan RCEP itu.

“Pihak kementerian akan bersama jabatan berkaitan memberi panduan pelaksanaan RCEP kepada kerajaan tempatan dan perusahaan untuk membantu mereka merebut peluang daripada pasaran terbuka.

“Ia menyasar untuk meningkatkan penyepaduan rantaian perindustrian dan bekalan sesama negara penandatangan, sekali gus mendorong integrasi ekonomi yang lebih berkualiti dan kukuh di Asia Timur,” jelas beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata perlunya negara penandatangan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi membolehkan golongan penggiat ekonomi benar-benar merasai kesan RCEP. – Bernama

Menteri Perdagangan China Zhong Shan dan Perdana Menteri China Li Keqiang dilihat selepas menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa majlis menandatangani secara maya yang dihoskan di Hanoi pada November 2020. – Agensi