Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Rizqun Coffee House (RCH) di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong merupakan salah satu destinasi popular untuk pengunjung berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Menawarkan pelbagai jenis makanan istimewa termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa, pelanggan juga ditawarkan dengan pelbagai stesen makanan bermula dari pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut dan minuman yang disusun de-ngan teliti untuk memenuhi selera pelanggan.
Antara hidangan yang disediakan adalah seperti lamb mandy, Turkish beef kebab, shawarma, soto, ambuyat dan lain-lain.
Para pelanggan juga dihiburkan dengan persembahan tausyeh oleh kumpulan jemputan, Al Munawarah.
Semasa menjamu selera, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan cabutan mingguan RCH termasuk penginapan, bufet dan lain-lain, dengan cabutan bertuah terakhir akan menawarkan pelanggan peluang bagi memenangi pakej umrah.
Selain itu, sempena bulan Ramadan ini, RCH juga menyediakan surau di tingkat empat dan mengadakan acara harian iaitu bacaan Surah Yasin pada pukul 5:15 petang dan bacaan tahlil pada pukul 5:45 petang.



