Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    RDC Keningau cetus minat sains, teknologi dan inovasi dalam generasi muda

    KENINGAU, 16 JUN – Ruang Daya Cipta (RDC) Keningau yang dibina di Kolej Vokasional Keningau di sini dan dilancarkan hari ini memainkan peranan penting dalam usaha mencetuskan minat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi terutama dalam kalangan generasi muda.

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata RDC itu juga memainkan peranan dalam usaha melahirkan masyarakat berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui kaedah Quintuple Helix iaitu gabungan antara kerajaan, industri akademi, masyarakat dan alam sekitar.

    Beliau berkata RDC Keningau juga adalah yang pertama dibangunkan di dalam kawasan Institusi Pendidikan dan yang pertama daripada 10 RDC sedang dibangunkan di bawah inisiatif Bitara MADANI 2023 yang bertujuan memberikan pelbagai kemudahan untuk keselesaan rakyat.

    “Saya percaya RDC ini dapat mewujudkan kesan berganda dengan sains, teknologi dan inovasi dalam menjadi pemangkin ekonomi negara, sekali gus membuka peluang khususnya kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan mereka, serta mengukuhkan ekonomi setempat.

    “Sebagai anak jati Sabah, saya tidak mahu anak-anak muda kita ketinggalan daripada menceburi bidang yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi,” katanya ketika berucap melancarkan RDC Keningau di Kolej Vokasional Keningau di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda