Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reading di ambang zon penyingkiran

    LONDON, 4 APRIL – Status Reading FC dalam kejuaraan terancam selepas pasukan itu dikenakan pengurangan enam mata hari ini kerana melanggar peraturan kewangan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

    Hukuman itu berkaitan dengan kegagalan kelab memenuhi terma pelan perniagaan yang telah disepakati selepas melanggar had keuntungan dan kelestarian pada tahun 2021.

    Pelanggaran awal membawa penalti enam mata musim lalu, dengan enam mata lagi digantung sehingga kempen semasa.

    Akibatnya, Reading FC menurun dari 46 mata kepada 40, meninggalkan mereka hanya satu mata di atas zon penyingkiran dalam kedudukan ke-20.

    “Walaupun perubahan radikal dilaksanakan pada peringkat pasukan pertama dan seluruh struktur perniagaan hingga ke akar umbi dan pematuhan yang ketat terhadap struktur gaji yang dipantau oleh liga dan sekatan pemindahan, kelab akur bahawa ia tidak memenuhi beberapa elemen bajet yang dirancang,” kata Reading FC dalam satu kenyataan.

    Antara 2017 dan 2021, Reading FC kehilangan £58 juta, melanggar had EFL bagi tempoh tersebut sebanyak £39 juta.

    Kelab itu telah berada di bawah sekatan pemindahan sejak musim panas 2021.

    Hukuman ini adalah yang pertama dikenakan oleh Panel Semakan Kewangan Kelab Bebas, yang telah ditubuhkan untuk memastikan pematuhan kelab EFL dengan peraturan kewangan. – AFP

    Reading FC kini hanya berada satu mata di atas zon penyingkiran. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda