Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reaksi spontan Jennifer Lopez kejutkan peminat

    Penyanyi dan pelakon, Jennifer Lopez enggan mengulas lanjut berkenaan spekulasi rumah tangganya bersama Ben Affleck yang didakwa sudah goyah dan bakal berakhir.

    Memetik laporan Mirror, semasa sidang media filem terbaharunya iaitu Atlas, seorang wartawan bertanya kepada aktres mengenai khabar angin itu, namun pengacara majlis memintas soalan tersebut.

    Jennifer bagaimanapun dilihat tertawa dan memandang tepat ke arah wartawan tersebut sambil berkata ‘awda lebih tahu’.

    Video yang dimuat naik di Instagram @elgordoylaaca itu mendapat lebih daripada sejuta tontonan dan rata-rata warganet melihat perubahan pada wajah Jennifer.

    “Dia (Jennifer) kelihatan sangat terluka apabila ditanya soalan itu.

    “Daripada ditanya tentang Ben, lebih baik tanya soalan tentang kerjaya dan projek seterusnya,” komen warganet.

    Sebelum ini, In Touch melaporkan pasangan selebriti berpengaruh Hollywood itu dilaporkan bakal bercerai dan Ben juga sudah ‘angkat kaki’ dan keluar dari kediaman mewah mereka.

    Jennifer dan Ben juga dikatakan bakal menjual banglo mewah tersebut sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka. – Agensi

    Hubungan Ben dan Jennifer didakwa sudah mulai goyah. – GC images
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda