MADRID, 29 SEPT – Real Madrid merebut semua kedudukan teratas La Liga awal pagi tadi selepas terikat seri tanpa jaringan dalam aksi tetangga menentang Atletico Madrid, memintas Granada di puncak liga. Real, masih tanpa tewas, satu mata di depan Granada dan Atletico Madrid selepas skaud Diego Simeone gagal menembusi pertahanan lawan mereka itu di Wanda Metropolitano.
“Perlawanan menentang Atletico sangat fizikal, tempat ini adalah antara yang sukar perlu kami kunjungi setiap musim,” kata kapten Real, Sergio Ramos.
Real satu mata lagi di depan pasukan di kedudukan keempat, Barcelona, yang menang 2-0 di Getafe hasil jaringan Luis Suarez dan Junior. Pada perlawanan yang kurang menyaksikan beberapa peluang keemasan, Atletico mungkin dianggap mempunyai peluang terbaik namun gagal menguji Thibaut Courtois di gawang Real, sementara pasukan pelawat menyaksikan beberapa percubaannya diselamatkan oleh Jan Oblak.
Antara aksi terbaik perlawanan hadir ketika aksi berbaki 15 minit, yang menyaksikan tandukan kencang Karim Benzema, selepas menerima hantaran lintang Nacho, berjaya diselamatkan dengan baik oleh Oblak. – AFP