Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real bakal belanja besar

    MADRID, 29 Mac – Real Madrid sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan tercicir daripada persaingan La Liga tetapi mereka perlu fokus dalam 10 perlawanan terakhir musim ini.

    Dengan kekalahan Atletico kepada Athletic Bilbao sebelum aksi antarabangsa itu, Barca kini mempunyai kelebihan 10 mata di persada liga, kelebihan itu memberikan mereka peluang itu untuk fokus persaingan di Eropah, yang mana mereka akan berdepan Manchester United dalam aksi suku akhir bulan depan.

    Apa yang paling menarik perhatian adalah pelantikan semula Zidane yang mana dikatakan pada musim panas ini akan berlaku rombakan dan perbelanjaan sejumlah 500 juta euro.

    Zidane menegaskan bahawa anak buahnya tidak perlu merasa seperti dalam percubaan dalam tempoh dua bulan ini tetapi spekulasi itu tidak akan hilang apabila masa depan mereka kini dalam pemantauan.

    Eden Hazard, Paul Pogba dan Kylian Mbappe menjadi sasaran terbaharu yang terpapar di muka depan L’Equipe kelmarin tetapi Neymar, Sadio Mane, Christian Eriksen, Harry Kane dan Matthijs de Ligt turut tersenarai.

    “Kami akan melakukan perubahan untuk tempoh mendatang,” kata Zidane pada awal bulan ini. “Kami mempunyai masa untuk berbincang bersama presiden dan kelab mengenai apa yang perlu dilakukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda