Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real ikat Al Hilal

    PHILADELPHIA, 19 JUN – Real Madrid terikat 1-1 dengan pasukan dari Arab Saudi, Al Hilal pada Piala Dunia Kelab dalam perlawanan pertama jurulatih baharu, Xabi Alonso yang mengambil alih tanggungjawab bagi pasukan itu, kelmarin.

    Federico Valverde mendapat penalti pada masa kecederaan tetapi berjaya diselamatkan apabila Real terpaksa berpuas hati dengan satu mata dalam perlawanan Kumpulan H di Miami.

    Ia adalah keputusan yang mengecewakan bagi ramai peminat pasukan Sepanyol itu di hadapan 62,415 penonton di Stadium Hard Rock.

    “Separuh masa pertama tidak sebaik babak kedua. Pada separuh masa kedua kami mempunyai peluang yang lebih baik, kawalan yang lebih baik. Yang pasti kami mempunyai prinsip untuk mula membina sesuatu dan boleh memenangi perlawanan,” beritahu Alonso kepada penyiar DAZN.

    Bekas jurulatih Bayer Leverkusen itu membuat penampilan sulung bagi pemain baharu, Trent Alexander-Arnold dan Dean Huijsen di bahagian pertahanan tetapi Real kehilangan Kylian Mbappe kerana sakit.

    Gonzalo Garcia memulakan perlawanan bagi pasukannya dan pemain berusia 21 tahun itu merebut peluangnya ketika dia membuka jaringan sejurus selepas setengah jam hasil umpanan Rodrygo.

    Al Hilal kemudian membalas apabila Ruben Neves menyamakan kedudukan sebelum rehat hasil sepakan penalti berikutan kesalahan Raul Asencio pada perlawanan pertama jurulatih baharu mereka, Simone Inzaghi, yang berada di bangku simpanan.

    Real berpeluang meraih kemenangan pada masa kecederaan selepas Mohammed Al Qahtani dipersalahkan meletakkan tangannya di hadapan Fran Garcia di dalam kotak penalti. – AFP

    Valverde melakukan sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak di Stadium Hard Rock pada 18 Jun di Miami Gardens, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda