MADRID, 26 SEPT – Krisis Real Madrid sekurang-kurangnya reda buat seketika selepas mereka menewaskan Osasuna 2-0 awal pagi tadi meskipun tanpa bintang Eden Hazard dan Gareth Bale, sekali gus menyaksikan pasukan itu melonjak ke kedudukan teratas La Liga.
Hazard dan Bale merupakan antara pemain yang direhatkan oleh jurulatih Zinedine Zidane, yang mana Real berdepan tujuh perlawanan dalam tempoh 21 hari, dengan perlawanan seterusnya adalah menentang musuh tetangganya, Atletico Madrid hujung minggu ini.
Vinicius Junior, yang mengharungi beberapa bulan sukar, mengisi kekosongan itu dengan melepaskan rembatan melencong ke sudut atas sebelum dilihat menangis kegembiraan.
Tahun lepas, pemain berusia 19 tahun itu meletus dengan aksi hebat namun kecederaan dan kemerosotan pada prestasinya telah menyaksikannya disisihkan, dan perlawanan ini menjadi peluangnya untuk membuktikan dirinya.
Sekiranya Vinicius merupakan sensasi Madrid 12 bulan lalu, tahun ini mungkin milik Rodrygo.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang dibeli dari Santos pada tahun 2018 namun hanya menyertai pasukan pada musim panas ini, menambah jaringan kedua pasukan dan gol pertamanya untuk Real, hanya seminit selepas seminit dimasukkan sebagai pemain gantian bagi penampilan pertamanya.
“Saya gembira untuk mereka,” kata Zidane. – AFP
