Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Real kembali ke puncak La Liga

MADRID, 12 SEPT – Vinicius Junior menjaringkan gol untuk perlawanan kelima berturut-turut ketika Real Madrid bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Real Mallorca 4-1 dalam La Liga kelmarin dan melanjutkan permulaan sempurna mereka untuk musim ini.

Mallorca mendahului perlawan dengan mengejut menerusi jaringan Vedat Muriqi pada minit ke-34 namun Federico Valverde menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas larian solo yang cemerlang.

Vinicius meletakkan Real di hadapan ketika berbaki 18 minit sebelum jaringan lewat dari Rodrygo dan Antonio Rudiger melengkapkan kemenangan liga kelima berturut-turut ketika pasukan Carlo Ancelotti itu kembali mengatasi Barcelona di puncak.

“Vini adalah pemain istimewa, dari cara dia bermain dan untuk wataknya,” kata Ancelotti.

“Dia mempunyai kualiti yang luar biasa.

“Perlawanan itu sangat sukar kerana beberapa sebab. Terdapat kepanasan, fakta kenapa kami bolos daripada bola mati, semua itu boleh diramal, tetapi kami akhirnya berjaya mengubah keadaan dan memenangi perlawanan.”

Madrid bermain tanpa penyerang sensasi mereka, Karim Benzema, pemain pilihan untuk Ballon d’Or bulan depan, diketepikan akibat kecederaan paha yang dialami dalam kemenangan Liga Juara-Juara pertengahan minggu ke atas Celtic.

“Pasukan ini dapat mengatasi ketiadaan Karim. Ia adalah peningkatan keyakinan yang penting,” kata Ancelotti. “Tetapi kami berharap untuk mendapatkannya kembali secepat mungkin.” – AFP

Aksi Antonio Rudiger menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol menentang Mallorca di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -