Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real langkah kanan, benam Atalanta 1-0

    BERGAMO, 25 FEB – Ferland Mendy menjaringkan gol lewat perlawanan ketika Real Madrid menumpaskan Atalanta yang bermain dengan 10 orang dengan keputusan 1-0, kelmarin untuk selangkah mara ke pusingan suku akhir saingan Liga Juara-Juara.

    Pemain bek kiri Perancis membuat rembatan empat minit sebelum wisel penamat di Bergamo dalam pertemuan kelompok 16 terakhir pusingan pertama, di mana pasukan tuan rumah kekurangan seorang pemain selama lebih 70 minit perlawanan dan pasukan Zinedine Zidane memanfaatkan kelebihan tersebut memasuki pusingan kedua di Madrid pada 16 Mac nanti.

    Atalanta membuat serangan pada awal perlawanan tetapi keadaan mula berubah apabila pemain tengah kelahiran Switzerland, Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-17 kerana menjatuhkan Mendy di penjuru kotak penalti.

    Kedukaan buat Gian Piero Gasperini semakin bertambah apabila penyerang Duvan Zapata mengalami kecederaan selepas separuh masa dengan masalah otot dan Mario Pasalic dimasukkan dari bangku simpanan.

    Pemain tengah Sepanyol, Isco memulakan perlawanan di bahagian serangan buat pasukan Real Madrid yang dilanda dengan masalah kecederaan, bermain di sisi Marco Asensio dan Vinicius.

    Juara Eropah 13 kali itu tanpa penyerang Karim Benzema yang mengalami kecederaan buku lali dan senarai pemain yang tercedera termasuk Sergio Ramos, Eden Hazard dan Dani Carvajal.

    Tetapi pasukan kendalian Zidane gagal memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pemain meskipun hampir memecah kebuntuan pada separuh masa pertama melalui tandukan Casemiro, manakala Nacho, Isco dan Vinicius Junior turut mengancam gawang dan percubaan Luka Modric tersasar keluar.

    Zapata dan Luis Muriel mengetuai jentera serangan Atalanta dalam pertemuan pertama menentang Real Madrid.

    Atalanta terus menggasak, dengan Muriel terlepas peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah dengan kelebihan empat minit sebelum waktu rehat di mana rembatan dari jarak jauh tersasar sedikit dari memasuki gawang. – AFP

    Reaksi Ferland Mendy meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika membantu Real menewaskan Atalanta di Bergamo, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda