MADRID, 28 FEB – El Classico merupakan perlawanan terpenting La Liga sejak tahun-tahun kebelakangan, tetapi perlawanan di antara Barcelona dan Real Madrid Ahad ini dilihat sebagai perlawanan yang sederhana disebabkan oleh kedua-dua pasukan mengalami krisis masing-masing.
Dengan hanya dua mata yang menjarakan kedua-dua pasukan dari takhta liga membuatkan pertemuan di Santiago Bernabeu nanti menjadi sesuatu yang penting dalam mengejar kejuaraan, terutama sekirnya Barcelona berjaya memenangi perlawanan tersebut mereka akan memperoleh kelebihan lima mata. Ia akan lebih bermakna dari musim lepas, di mana Barcelona dalam perlawanan kedua El Classico, mendahului Real Madrid dengan jarak sembilan mata, dan musim yang sebelumnya mereka berada 15 mata di hadapan.
“Ia adalah perlumbaan antara dua kelab yang bergelut. Kedua-duanya mengharungi keadaan yang sukar, itu adalah hakikatnya,” kata bekas penyerang Real Madrid, Jorge Valdano memberitahu media malam Rabu lalu. – AFP