Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Real Madrid dalam misi pertahankan La Liga

    MADRID, 24 JUN – Juara Kejohanan Eropah, Real Madrid akan memulakan perlawanan untuk mempertahankan kejohanan La Liga dengan beraksi menentang Almeria Ogos depan, sementara Barcelona akan memulakan kempen 2022 dan 2023 mereka menjadi tuan rumah kepada kelab Rayo Vallecano.

    Musim kejohanan utama Sepanyol akan bermula pada 13 atau 14 Ogos depan dan dijadualkan berakhir pada 4 Jun tahun hadapan. Liga berkenaan akan ditangguhkan buat sementara waktu pada 9 November dan 31 Disember untuk memberi ruang pada kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Atletico Madrid memulakan musim baharu mereka menentang Getafe, manakala perlawanan pertama antara Real Madrid dan Barcelona dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober di Santiago Bernabeu.

    Perlawanan mereka seterusnya akan diadakan di Camp Nou pada 19 Mac tahun depan. Manakala perlawanan antara Real dan Atletico bakal berlangsung pada 18 September dan 26 Februari tahun depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...