Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid dimalukan Sheriff Tiraspol

    MADRID, 29 SEPT – Sheriff Tiraspol berkata mereka tidak risau untuk menentang pasukan Real Madrid – dan membuktikannya dengan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1 dalam sejarah perlawanan Liga Juara-Juara.

    Dengan perbincangan tentang Liga Super Eropah ini hanya untuk pasukan yang hebat, pasukan kerdil yang berasal dari Liga Moldova memberi peringatan mengenai tarikan kejohanan terbuka

    “Kami datang untuk menang,” kata Frank Castaneda, ketua pasukan Sheriff. “Kami datang bukan hanya untuk suka-suka. Kami tahu akan kehebatan pemain kami dan kami bernasib baik Madrid tidak berhasil untuk merebut peluang mereka – dan kami merebut peluang tersebut.”

    Bagi Sheriff, ini merupakan perlawanan kedua dalam Liga Juara-Juara peringkat kumpulan dan nilai anggaran keseluruhan skuad mereka adalah sebanyak 12 juta euros, hampir sama dengan nilai gaji tahunan pemain pertahanan Madrid, David Alaba.

    Walaupun Real menguasai perlawanan tersebut, tetapi Sheriff berjaya menjaringkan dua gol dan jaringan ketiga mereka telah dibatalkan atas kesalahan ofsaid, dan sekarang mereka memperoleh enam mata penuh.

    Sebastien Thill, yang mempunyai tatu dirinya bermimpi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara menjaringkan gol kemenangan dalam minit ke-89. – AFP

    Reaksi pemain Sheriff ketika meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda