Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid harap dapat kekalkan momentum kejuaraan

    MADRID, 3 MEI – Ketika Real Madrid meraikan kejuaraan La Liga, Carlo Ancelotti sudah cuba mengalihkan momentum bagi pertemuan Liga Juara-Juara esok bertemu Manchester City dalam pusingan kedua.

    Madrid berjaya menbelasah Espanyol 4-0 Sabtu lalu dan para pemain meraikannya di Plaza Cibeles dengan menaiki sebuah bas terbuka memasuki bandar menuju patung arca di mana pemain dan peminat menyambut kemenangan trofi terbesar mereka.

    “Dan saat ini hingga hari Rabu, ya kami boleh!” Ancelotti menjerit kepada orang ramai yang bersorak, dan melaungkan kembali “si, se puede!”, “ya kita boleh!”

    Ramai yang tertanya-tanya sama ada sambutan itu wajar, memandangkan jadual perlawanan mereka yang diselisihkan antara dua perlawanan hebat menentang City terutamanya selepas pasukan Pep Guardiola meninggalkan Madrid yang perlu melakukan kebangkitan semula berikutan kekalahan 4-3 juara Sepanyol itu pada perlawanan pertama.

    Di sebalik kebimbangan terhadap proses pemulihan dan faktor keletihan, ada juga berpendapat bahawa Real Madrid kurang memikirkan kejuaraan liga Sepanyol ke-35 kerana mereka ingin mengejar Piala Eropah ke-14.

    Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti optimis pasukannya mampu mempersiapkan diri untuk perlawanan separuh akhir kedua menentang Manchester City. – AFP

    Ancelotti pasti dengan meraikan kejuaraan baru-baru ini, beliau yakin dengan semangat kemenangan itu akan membantu Real Madrid untuk memburu satu lagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

    “Satu sambutan adalah baik bagi aspek mental,” kata Ancelotti. “Kami profesional. Malam ini kami semua meraikan bersama-sama. Esok kami berlatih dan Rabu kami ada satu lagi perlawanan penting,” ujarnya lagi.

    Madrid melakukan rutin yang sama sebelum kemunculan semula sensasi mereka menentang Paris Saint-Germain dalam pusingan 16 terakhir. Selepas membelasah Real Sociedad di Santiago Bernabeu Sabtu lalu sebelum pertemuan timbal balik, pemain Real Madrid keluar semula ke padang selepas wisel penamat, untuk bertepuk tangan dan menghargai sokongan peminat, yang menggesa pasukan untuk mempercayai kemunculan semula adalah satu hal yang tidak mustahil.

    Ancelotti cuba memahami bahawa beralih daripada satu tolakan kejuaraan kepada satu lagi adalah rutin untuk Real Madrid tetapi dia tahu sejarah baru perlu dicatat, memandangkan kelab itu hanya menjuarai tiga kali La Liga-Piala Eropah sebelum ini, pada tahun 1957, 1958 dan di bawah Zinedine Zidane pada 2017.

    “Di kelab ini kita perlu meraikan dengan cepat,” kata Ancelotti. “Kita menang dan kemudian keesokan harinya kita sudah memikirkan tentang gelaran seterusnya,” tegas pengurus Real Madrid itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda