Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Real Madrid julang Piala Super UEFA

    HELSINKI, 11 OGOS – Real Madrid berjaya menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam Piala Super (UEFA) melalui jaringan yang dihasilkan oleh David Alba dan Karim Benzema dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpiade Helsinki, Finland.

    Alaba membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi percubaan jarak dekat apabila Casemiro menghantar bola selepas menerima tandukan dari Benzema.

    Bintang Perancis itu kemudiannya melengkapkan kemenangan buat Madrid untuk merekodkan gelaran Piala Super UEFA kelima selepas menerima hantaran dari Vinicius Junior pada minit ke-65.

    Gol itu adalah jaringan peribadi ke-324 buat Benzema untuk Madrid, dan dia berjaya memintas jaringan dicatat oleh Raul. Hanya Cristiano Ronaldo mempunyai rekod jaringan lebih baik iaitu 450 gol buat kelab antara 2009-2018.

    Benzema menyertai Real Madrid pada tahun 2009 menjulang trofi pada acara penyampaian trofi kejohanan UEFA, kali pertama sejak beliau menjadi kapten pasukan tersebut. Hanya dua pasukan yang berjaya menjuarai Piala Super UEFA sebanyak lima kali iaitu Barcelona dan AC Milan.

    Frankfurt kelihatan berbahaya pada suku pertama permainan, namun pengalaman Madrid dan pemain-pemain yang berkualiti memastikan kemenangan sama seperti yang dilakukan ketika menjuarai Liga Juara-Juara 2021-2022.

    “Ia bukan perlawanan yang mudah, mereka bertahan di kawasan sendiri, tetapi kami dapat menjaringkan gol dan mendahului permainan pada minit-minit berikutnya hingga minit terakhir,” kata pengurus Madrid, Carlo Ancelotti. Alaba pula memuji keazaman tinggi pasukannya untuk meneruskan persembahan baik musim lalu.

    “Kami berada di sini untuk menang dan memburu gelaran seterusnya,” katanya.
    “Perasaan yang sangat bagus untuk menjaringkan gol, ia jarang berlaku kepada saya.” – AP

    Karim Benzema ketika meraikan jaringan gol kedua Real Madrid dalam Liga Super UEFA di Stadium Olimpiade Helsinki, Finland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...