Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real madrid kejutkan Man City

    MADRID, 5 MEI – Karim Benzema menjaringkan sepakan penalti pada masa kecederaan ketika Real Madrid melakukan satu lagi kebangkitan menakjubkan dalam Liga Juara-Juara untuk mengejutkan Manchester City 3-1 kelmarin sekali gus menempah pertemuan dengan Liverpool pada aksi akhir.

    City kelihatan yakin untuk mendahului apabila Riyad Mahrez meletakkan mereka di depan 1-0 untuk 5-3 secara agregat tetapi Rodrygo, yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan dua gol lewat yang luar biasa pada minit ke-90 dan ke-91 untuk mengikat kedudukan seri secara agregat.

    Dengan City masih bergelut, Real Madrid mendapat peluang keemasan bagi meletakkan mereka di kedudukan yang selesa apabila Benzema menyempurnakan sepakan penalti untuk merampas kemenangan agregat 6-5, dengan satu lagi perlawanan hebat di Santiago Bernabeu untuk dimasukkan dalam senarai panjang kelab pada malam Eropah yang ajaib.

    Ancelotti berkata pemainnya telah menonton beberapa video sebelum perlawanan, menunjukkan lapan kemunculan semula Real Madrid musim ini sebagai inspirasi.

    Madrid telah pun mempamerkan aksi menyelamat paling sukar untuk menewaskan kedua-dua kelab gergasi Paris Saint-Germain dalam pusingan 16 terakhir dan Chelsea di suku akhir.

    Seperti PSG dan Chelsea, City akan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh kalah daripada perlawanan yang sebahagian besarnya didominasi mereka dan penelitian baharu akan dilakukan terhadap jurulatih Pep Guardiola, yang atas bimbingannya, gagal membawa City kepada kegemilangan Eropah sepanjang tahun lalu. – AFP

    Aksi penyerang Real Madrid dari Brazil, Rodrygo menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda